
(,"(,") Kami Pencinta Kucing (",)",)
(,"(,") SejAraH KuCinG (",)",)


Mesti semua nak tau kan mengenai sejarah kucing?? Kami ingin berkongsi maklumat mengenai sejarah haiwan comel . Menurut sebuah artikel yang kami baca, kucing ni adalah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis Silvestris Catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis Silvestris Lybica dan mungkin dijinakkan pada 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir Purba. Masa tu kucing ni digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus atau haiwan perosak yang lain. Itu pada zaman dahulu, sekarang, kucing telah menjadi salah satu haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia. Kucing yang keturunannya telah didaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukkan. Contohnya adalah seperti kucing Persia, Siam, Manx dan Sphinx .Kucing baka tulen ini kurang 1% daripada keseluruhan populasi kucing. Bakinya 99% adalah kucing dari keturunan campuran macam kucing liar dan kucing kampung. Kucing yang ada baka campuran pula dirujuk sebagai bulu panjang bela jinak dan bulu pendek bela jinak.




























© 2013 by KamiPencintaKucing92